Monday, July 18, 2011

bukukahwin: Selamat Datang ke Buku-buku Kahwin dan Keluarga

Salam semua,

Tergerak hati untuk membina belog ini untuk membantu pencarian makluman berkenaan ilmu-ilmu rumahtangga dan kekeluargaan yang mungkin kita tidak mempunyai masa untuk mencarinya di pasaran. Dengan adanya belog ini, diharapkan dapat membantu pembelian dibuat dengan mudah di hujung jari anda. Pilih mana yang berkenan, saya akan cuba untuk memberikan sinopsis buku tersebut untuk memberi gambaran kasar isi kandungan buku atau penerbitan tersebut.

Harga buku akan dipaparkan, jika berkenan, sila maklumkan untuk pemberitahuan deposit. Penghantaran buku untuk kawasan KL akan berpusat di SOGO (KL) atau Jusco Maluri (Cheras) ataupun Kepong (Kepong). Penghantaran melalui pos hendaklah dibayar sepenuhnya oleh pembeli dan mengikut bayaran sebenar yang dikenakan oleh Pos Malaysia atau mana-mana syarikat penghantaran yang terdapat di pasaran, mengikut pilihan pengguna yang berkatan dengan Rina ya.

Buku-buku pihan saya nanti pastinya berunsurkan Islamik atau menghala ke arah kehidupan secara yang diredhai Allah. Samal-samalah kita mengharapkan usaha murni ini mendapat bantuan dan perkenan Allah dalam membina diri dan keluarga yang berada di landasan yang benar.

Salam sayang,

Rina bukubuku kahwin